RSS

Saturday, May 29, 2010

Sulaman Baju Kurung,Kebaya,Jubah,Kain Sembahyang,Tudung,Telekung

Contoh baju kurung yang telah siap disulam

Contoh kain sembahyang yang telah siap disulam

Contoh jubah yang telah siap disulam

Bagi kategori ini, pihak kami hanya menyediakan perkhidmatan sulaman sahaja mengikut corak sulaman yang telah disediakan.
Pemilihan bunga dan warna benang hendaklah dinyatakan semasa membuat tempahan beserta dengan bahagian yang hendak disulam.

Jika anda berminat, anda bolehlah menghantar sendiri/pos barangan yang hendak disulam kepada kami.

RM 20.00 - RM 80.00
(Harga berdasarkan corak)

Sulaman T-Shirt & Baju Korporat

Kami juga menerima tempahan sulaman pada T-shirt dan baju korporat. T-shirt dan baju korporat TIDAK disediakan. Pihak kami hanya menyulam mengikut kemahuan anda. Jika berminat anda bolehlah menghantar sendiri/poskan t-shirt atau baju korporat yang hendak disulam berserta dengan maklumat sulaman.

Harga berdasarkan baju dan corak.

Tag Nama / Lencana

SET A

SET B

Contoh tag nama yang telah siap

Tag Nama Pelajar:
Saiz S:
1 keping : RM 1.50
2 keping : RM 2.80
3 keping : RM 3.60

Jika anda ingin membuat tempahan, sila nyatakan warna fabrik dan warna benang untuk tulisan. Sila sertakan sekali senarai nama pelajar TIDAK melebihi 12 aksara.

Tag Nama Uniform Sekolah (Puteri Islam & Pandu Puteri)
Set A (2 keping PERSATUAN PANDU PUTERI) : RM 3.00
Set B (2 keping tag nama PUTERI ISLAM & 2 keping TERENGGANU) : RM 6.00

Kami juga turut menyediakan tag nama dan lencana poket bagi unit beruniform lain (Pengakap, Kadet bomba dan sebagainya). Jika berminat, sila hubungi saya dan nyatakan lencana dan tag nama yang dikehendaki.

Bagi lencana dan logo unit beruniform
Lencana Sekolah
(RM 5.00 - RM 10.00) Harga berdasarkan penggunaan benang.

*Jika tempahan MELEBIHI 100 keping, harga tempahan boleh dirunding.*

Tuala Cenderahati


Contoh tuala yang telah siap disulam

Jika anda ingin membuat tempahan, sila nyatakan warna tuala, jenis tuala, corak sulaman dan warna benang yang dikehendaki. Corak sulaman seperti yang telah disediakan.
Kami menyediakan 3 jenis tuala iaitu tuala muka,tuala mandi & sapu tangan.

Jika anda ingin menggunakan tuala sendiri, anda bolehlah menghantar sendiri/poskan kepada pihak kami.

Tuala (Harga bergantung kepada jenis tuala, corak sulaman & bilangan huruf)
Tulisan sahaja : RM 3.00 - RM 10.00
Tulisan & Bunga : RM 5.00 - RM 20.00

Sapu Tangan:
Tulisan : RM 3.00
Bunga : RM 4.00
(Bergantung kepada corak sulaman dan bilangan huruf)

Contoh Tulisan:
Selamat Hari Guru
Selamat Bertunang
Selamat Hari Ibu
Selamat Pengantin Baru
(Bergantung kepada permintaan)

*Harga boleh dirunding bergantung kepada tempahan*

Mesin Sulaman utk Dijual


MEMORY CRAFT JANOME 350E


HARGA : RM6,999.00


Dengan sebuah mesin sahaja, Memory Craft 350E dapat membantu anda menghasilkan sulaman bergaya profesional dengan lebih mudah.

Ciri-ciri
  • Pengendalian mesin yang mudah dengan kawalan skrin sentuh.
  • Mengemaskan benang atas dan bawah dengan pemotong benang secara automatik.
  • Pemasang benang automatik.
  • Terdapat pemotong benang secara manual pada gelendung (tempat isi benang bobbin).
  • Perubahan saiz paten yang boleh dibesar dan dikecilkan dalam lingkungan 90% - 110%.
  • Perubahan pada paten yang boleh diputar 45 darjah - 90 darjah.
  • Keupayaan menggabungkan beberapa corak pada mesin menjadi satu paten yang baru.
  • Keupayaan menduplikasi corak.
  • Memori mesin yang menyimpan 100 paten pelbagai sulaman objek dan bunga-bungaan.
  • Terdapat 3 jenis corak tulisan yang menarik.
  • Keupayaan mesin yang mampu menyimpan memori ke dalam USB / kad ATA.
  • Ruangan maksimum sulaman ialah 5.5'' x 7.9'' menggunakan Giga Hoop.
  • Kelajuan 650 mata jahitan per minit.
  • Kecanggihan mesin yang berfungsi tanpa memerlukan pengawasan.
  • Sensor akan berbunyi sekiranya benang terputus atau perlu menukarkan benang.
  • Kemahiran menjahit tidak diperlukan keran anda hanya perlu mahir mengendalikan mesin sahaja.

Keistimewaan mesin yang mampu menghasilkan:
  • Sulaman
  • Kerawang
  • Lace / Renda
  • Corak 3 Dimensi
  • Cross Stich
  • Jahitan Abjad / Perkataan
  • Seni Tampal
  • Brush-Out
  • Logo


MEMORY CRAFT JANOME 300E

HARGA : RM 6000

Ciri-ciri

  • Sama dengan Mesin Sulam 350E
  • cuma tiada USB

Sebarang tempahan yang dibuat melalui saya akan mendapat pembelajaran sulaman secara percuma.

U
ntuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut: www.janome.com

Sebarang pertanyaan berkenaan tempahan mesin sulaman tersebut,bolehlah menghubungi saya.

Bunga Collection





















Jika anda berminat pada corak yang telah disediakan, sila nyatakan kod corak tersebut berserta warna benang pilihan.

*Sila klik pada imej untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas*

Collection 2






Jika anda berminat pada corak yang telah disediakan, sila nyatakan kod corak tersebut berserta warna benang pilihan.

*Sila klik pada imej untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas*

Friday, May 28, 2010

Collection 1